Tuesday, November 16, 2010

2 girls and a baby need help.

KUALA LUMPUR: At 6.5kg, 20-month-old Lie Kai Jun's weight is only half among the babies of his age. His speech development is also slow and he can only say "papa" and "mama".

He is frail, catches infections easily and can only stand for a short while with help. Kai Jun was born with congenital heart disease.

He suffers from pulmonary atresia with ventricular septal defect and the blood vessels to his lungs are not connected properly.

"Although he eats normally, he cannot put on weight and the doctor said he needs to have a Blalock-Taussig (BT) shunt surgery to save his life and prepare him for corrective surgery," said his father, Lie Wei Qiang, 22. A BT shunt is a closed-heart surgical procedure performed on blood vessels outside the heart.

The toddler had undergone his first operation when he was 2 weeks old, which cost RM37,000. "We used up our savings and insurance money and we still owe the Gleneagles Intan Medical Centre (GIMC) RM7,000. "Now, we need another RM25,000 for Kai Jun's second operation which must be carried out as soon as possible," said Lie.

He earns RM2,115 a month as a storekeeper and has to support his mother and his wife, Lee Shio Hua, 20. Meanwhile, Sandra Yeong Chin Siew, 12, and Divya Raja Gopal, 11, both need RM45,000 each for surgeries to insert an artificial valve to reduce the backflow of blood from the lungs to the right ventricle of their heart. The two suffered from holes in the heart and their blood flow to the lungs were blocked. They had undergone operations earlier to repair the defects and restore blood flow. GIMC consultant paediatrician and paediatric cardiologist Dr Lim Miin Kang said the backflow of blood is a common problem among children who had operations to close the holes in their heart. "Now is the time to do the surgeries as after 10 to 15 years, the valves can deteriorate because of calcification, which leads to leakage. If the condition is not corrected, it might eventually impair the right heart functions and cause heart failure," he said. Sandra's father, Yeong Ho So, 51, used to work in the construction industry but has been jobless for the last eight months. Her mother, Lee Chong Eng, 49, is a housewife. They have two other school-going kids, while their eldest daughter has just started working, drawing RM800 a month. Divya's father, Raja Gopal, 41, is a driver earning RM1,950 monthly and is supporting four children and his wife, Sathiyavathi, 41. He met with an accident in August and had not been working for three months. His employer told him that he would no longer have overtime work as another driver had been hired during his medical leave. Those who wish to help them can send cheques, made payable to the NSTP Charity Fund, with the children's names written on the back to the Charity Unit, Finance Department, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, No. 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

http://www.nst.com.my/nst/articles/28tys/Article#ixzz15TRd2RP6

Two drown after falling into river

KANGAR: Two boys drowned in Sungai Gial, Kampung Alor Ara Timur, yesterday.

The victims were identified as Haswande Mohd Yusof, 14, and Ahmad Iqham Aziz, 9. Haswande's brother, Haspizal, 21, said he was at their house, near the river, when neighbours informed him of the news.

"Several villagers came to help locate my brother and his friend. My hope of seeing my brother alive was dashed when they found his body. A few minutes later, they found Iqham's body."

In the 3pm incident, the two victims were playing near the river when they slipped and fell into it. The bodies were sent to Tuanku Fauziah Hospital for post-mortem before they were claimed by their families.

http://www.nst.com.my/nst/articles/21kulim/Article#ixzz15TRHCVuB

Kakitangan bank mati kereta langgar tembok

GOMBAK: Seorang kakitangan sebuah bank maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar tembok konkrit di Kilometer 16.1 Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Taman Melati, di sini, pagi semalam.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan mangsa parah di kepala selepas kereta Proton Satria dipandu terbalik beberapa kali sebelum terperosok berhampiran penghadang tengah jalan raya itu.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa memandu bersendirian dari Gombak menuju Ampang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tembok pembahagi jalan. Kejadian itu menyebabkan kedua-dua gandar hadapannya patah sebelum kereta terbabit terbaik beberapa kali.

“Kereta itu yang berpusing dan terseret sejauh hampir 50 meter berhenti melintang di lorong kanan jalan,” katanya.

Menurutnya, satu jentera bomba dari Balai Bomba Taman Melati, di sini, mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk hadapan.

“Berdasarkan pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa, mangsa dikenali sebagai Mohd Ammar Mohd Azam, 22, berasal dari Kuantan, Pahang.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian kemalangan itu diminta menghubungi talian Rakan Cop 03-2115 9999,” katanya.

Buru 2 peragut

KUALA LUMPUR: Polis masih memburu dua peragut yang bertindak kejam merodok pinggang dan belakang seorang gadis dengan pisau selepas gadis terbabit cuba mempertahankan beg tangannya daripada dirampas.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid, berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat kerana pihaknya mengalami kesukaran dalam mengenal pasti suspek berikutan belum ada maklumat tepat.

Menurutnya, mangsa Tsu Ai Ling, 19, dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keterangannya sudah diambil, namun mangsa tidak dapat mengenal pasti suspek kerana kedua-dua mereka memakai topi keledar.

“Ketika ini, kami belum dapat kesan suspek kerana mangsa dan rakan yang turut bersamanya ketika kejadian tidak dapat mengecam wajah atau nombor pendaftaran motosikal ditunggangi suspek kerana kejadian berlaku begitu pantas serta mereka memakai topi keledar,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan seorang gadis kritikal selepas dirodok empat kali dengan pisau ketika dia cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan bersama rakannya di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buru2peragut/Article/index_html

Accident.

berlaku tak kira masa. masa anda berjaga-jaga pun boleh terjadi accident,masa tak berhati-hati,lagi la. sekurang-kurangnya, jangan biarkan anak dan isteri anda merempat sekiranya anda tiada. jangan biarkan anak2 anda tidak dapat melanjutkan pelajaran. sediakan bekal untuk masa depan mereka. walaupun nampak kecil,tapi ianya lebih baik dari tiada apa.

Diserang depan mayat rakan

BANTING: Seorang lelaki putus jari telunjuk tangan kanan selepas diserang sekumpulan lelaki dalam satu upacara pengebumian di Taman Sri Putra, di sini, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam apabila mangsa menghadiri upacara itu di sebuah rumah bagi memberi penghormatan terakhir kepada si mati yang juga rakannya.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada dendam lama sebelum mangsa diserang sekumpulan lelaki bermotosikal menggunakan parang dan kayu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata ketika mangsa berada di rumah itu, beberapa lelaki menunggang enam motosikal tiba-tiba muncul sebelum menyerang mangsa.

“Mangsa yang panik tidak sempat melarikan diri sebelum diserang menggunakan senjata tajam dan tumpul menyebabkan dia cedera di tangan dan badan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Diserangdepanmayatrakan/Article

Kaki pemandu lori maut nahas hampir putus

BUKIT BERUNTUNG: Seorang pemandu lori, Abd Razak Ibrahim, 57, maut dengan kaki kirinya hampir putus selepas terbabit kemalangan di Kilometer 434.8 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 tengah hari ketika mangsa yang memandu treler membawa barangan pembinaan merempuh belakang sebuah treler lain.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Yahya Affandi, berkata ketika kejadian mangsa dipercayai gagal memotong kenderaan itu yang berada di hadapannya lalu merempuhnya.

Katanya, mangsa berasal dari Felda Selancar 1, Pahang, dalam perjalanan ke ibu negara dan memandu bersendirian.

“Mangsa yang tersepit mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kesesakan teruk lebih lima kilometer berlaku selepas kejadian itu apabila laluan di kedua-dua lorong ke ibu negara terpaksa ditutup untuk kerja mengeluarkan mayat mangsa,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori yang dilanggar mangsa tidak cedera.

Norel berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk dibedah siasat.

http://www.hmetro.com.my/articles/Kakipemandulorimautnahashampirputus/Article