Showing posts with label Medical Inflation. Show all posts
Showing posts with label Medical Inflation. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

Hospital swasta hanya kaut untung 10 peratus

KUALA LUMPUR: Hospital swasta hanya memperoleh keuntungan 10 peratus daripada kos yang dikenakan kepada setiap pesakit berdasarkan jenis rawatan, manakala selebihnya digunakan untuk membiayai kos ubat-ubatan, peralatan, tenaga pakar dan penyelenggaraan kemudahan. Seorang pegawai kanan sebuah pusat pakar perubatan yang enggan namanya disiarkan memberitahu, caj tinggi yang dikenakan hospital swasta dianggap berbaloi kerana mutu perkhidmatan dan kemudahan rawatan disediakan adalah terbaik, bersesuaian dengan kos perlu dibayar pesakit. Selain itu, hospital swasta juga tidak mendapat bantuan kerajaan sebaliknya beroperasi melalui hasil pelaburan dan pinjaman daripada bank bagi mengimbangi keperluan perubatan rakyat.
“Bidang perubatan kini menjadi satu cabang perniagaan. Bagi mendapatkan rawatan terbaik dengan kemudahan selesa dan dirawat menggunakan peralatan perubatan berteknologi tinggi, pesakit perlu bayar lebih. “Keadaan ini menyebabkan rakyat beranggapan hospital swasta mengaut keuntungan lebih tetapi ia sebenarnya tidak kerana pihak hospital juga perlu membayar lebih untuk kos penyelenggaraan peralatan rawatan, pinjaman bank dan kos tenaga kerja yang semakin meningkat setiap tahun,” katanya kepada Berita Harian. Beliau berkata, caj rawatan setiap hospital swasta berbeza mengikut jenis rawatan, kepakaran dan kemudahan yang tawarkan selain menepati garis panduan Majlis Perubatan Malaysia (MMC). “Wujud perbezaan dari segi caj rawatan hospital swasta kerana tidak semua menggunakan peralatan, kemudahan, tenaga pakar dan premis sama. Walaupun caj tinggi, pesakit masih mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan pengurusan hospital, ”katanya. Katanya, banyak hospital swasta akan gulung tikar ekoran terpaksa menanggung beban pembiayaan kewangan tinggi sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan mengkaji kos rawatan yang dikenakan ke atas pesakit yang jauh lebih rendah berbanding kos semasa. “Kita tidak boleh bandingkan perkhidmatan atau kos yang perlu dibayar pelanggan di hospital kerajaan dengan swasta tetapi kita boleh samakan konsepnya dengan harga secawan kopi di warung dengan restoran terkemuka,” katanya. /bharian

Hampir pengsan bil hospital RM23,000

Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu. Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.
Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad. “Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu. Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya. “Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya. Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi. “Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya. Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh. Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.
/bharian

Waist-deep in medical debt

WHEN his 65-year-old mother was diagnosed with cancer last year, 32-year-old executive Ray* (not his real name) had to rely on his credit cards to settle the bill at a private hospital.

The hospital admissions and chemotherapy sessions alone cost him a whopping RM250,000. Having settled part of the payment with his savings, Ray used his credit cards to pay the rest of the bill.

He is aware that he could have taken his mother to a government hospital for treatment and paid only a fraction of the cost. But he was not willing to put her through the long waiting period at public hospitals.

"I wanted my mum to have the best medical care she could get, so, I took her to a well-known oncologist at an established private hospital even though I knew their fees were beyond my means." Ray has no regrets taking his mother to the private hospital as her condition has improved and she is now in remission.

"Though I am finding it a struggle to settle my credit card bills for the treatment, somehow I have to manage. I have been working overtime and trying to run a small business on the side to make ends meet," says the father of two, who admits that almost one-third of his salary goes to settling the credit card debt. Reeling from a couple of "bad experiences at government hospitals", Sharen* (not her real name) took her father out of one and admitted him into a private medical centre when he was diagnosed with a serious lung disease. The medical bills escalated as Sharen's father had to be frequently admitted over the next three years as his health deteriorated because of complications.

"It was tough as the bills were quite high because my father had an uncommon ailment and medication was expensive. "And there were always new procedures that the doctors needed to do to stop the disease from progressing so fast." The total bill came up to almost RM70,000. As her EPF savings was not enough to cover the cost of the treatments, Sharen turned to her credit cards to settle the balance. "I was paying almost RM2,000 a month to settle the amount with the credit card companies. I had some difficulty repaying the amount recently, so I took out a personal loan from a bank to settle part of the amount. Now, I am servicing two loans," she said. "It's true when they say that everything you touch in a private hospital costs money. You even pay for the tissues and cardboard spittoons." Ray and Sharen are among a growing number of Malaysians who have found themselves waist-deep in debt because of the increasing cost of private healthcare. According to the Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK), the high cost of private healthcare contributed to the bulk of credit card debts and non-performing loans (NPL) as of last October. In an interview early this week, AKPK chief executive officer Mohamed Akwal Sultan said of the RM4.8 billion debts and NPL it was currently handling, 26 per cent was because of bills incurred for medical treatment at private hospitals. He said most of those who had been referred to the agency for debt management claimed that although it was beyond their means, they preferred to seek treatment at private hospitals because of the better quality of care and treatment. In light of claims that private hospitals are charging exorbitant fees and forcing patients to undergo "unnecessary" procedures, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai has instructed Director-General of Health Tan Sri Dr Ismail Merican to meet with private hospital owners to discuss ways to curb the rising cost of private healthcare. Liow was reported to have said that the government would review the professional fees for doctors by year-end and later review private hospital charges. He said the ministry would also look at the kind of medication being dispensed by private hospitals and consumables such as tissues. The Association of Private Hospitals Malaysia declined to comment pending the meeting with Health Ministry officials.

Read more: http://www.nst.com.my/nst/articles/28credit/Article#ixzz16bCbDMeL

Saturday, November 27, 2010

RM1 Billion Insurance

Tuntutan biayai kos perubatan meningkat setiap tahun KUALA LUMPUR: Syarikat insurans di negara ini membayar lebih RM1 bilion setahun kepada pemegang polisi bagi membiayai kos rawatan perubatan mereka yang meningkat setiap tahun. Statistik Bank Negara dalam Jadual Petunjuk Utama Insurans menunjukkan jumlah tuntutan insurans hayat dibayar untuk perbelanjaan perubatan mencatat peningkatan sejak empat tahun lalu daripada RM877.6 juta pada 2006 kepada RM1.05 bilion (2007), RM1.27 bilion (2008) dan RM1.45 bilion (2009). Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat. Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat. Katanya, kerajaan menyedari peningkatan kos perubatan terutama ubat yang meningkat sekitar 12 peratus tahun lalu sekali gus menyebabkan caj perubatan di hospital termasuk hospital swasta meningkat. Namun, katanya, itu tidak bermakna operator pusat perubatan swasta boleh mengambil kesempatan atas kenaikan itu dengan mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan singkat sehingga membebankan rakyat. “Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican supaya berbincang dengan semua pemilik hospital swasta di negara ini berhubung kos perubatan supaya kenaikan itu rasional,” katanya. Sementara itu, sumber industri berkata, tuntutan insurans bagi menanggung kos rawatan dan perubatan diramal terus meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan perubahan gaya hidup masyarakat. “Peratusan peningkatan tahunan bukan kecil, tetapi meningkat dengan mendadak,” katanya. Katanya, orang ramai mengambil polisi insurans kerana mahu mendapatkan perlindungan kewangan ketika ditimpa musibah seperti sakit atau kemalangan. Isnin lalu, Berita Harian melaporkan sehingga Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman bank atau kad kredit berlaku berikutan pembiayaan kos rawatan tinggi di hospital swasta yang mendorong individu berhutang di luar kemampuan. Sebelum ini, banyak pihak termasuk seorang doktor dengan 25 tahun pengalaman, tampil mengadu caj dikenakan pusat perubatan swasta adalah terlalu mahal dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya mengatasi masalah itu. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr David KL Quek ketika dihubungi berkata, hanya bayaran kepada doktor berkhidmat di hospital swasta dikawal kerajaan menerusi Akta Perubatan namun caj lain tidak dikawal dan bergantung kepada institusi perubatan swasta terbabit. Katanya, ini menyebabkan caj rawatan, perubatan, makmal dan perkhidmatan lain berbeza antara sesebuah pusat perubatan swasta selain bergantung kepada faktor seperti lokasinya.

Insurans RM1 billion

Tuntutan biayai kos perubatan meningkat setiap tahun KUALA LUMPUR: Syarikat insurans di negara ini membayar lebih RM1 bilion setahun kepada pemegang polisi bagi membiayai kos rawatan perubatan mereka yang meningkat setiap tahun. Statistik Bank Negara dalam Jadual Petunjuk Utama Insurans menunjukkan jumlah tuntutan insurans hayat dibayar untuk perbelanjaan perubatan mencatat peningkatan sejak empat tahun lalu daripada RM877.6 juta pada 2006 kepada RM1.05 bilion (2007), RM1.27 bilion (2008) dan RM1.45 bilion (2009). Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat. Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat. Katanya, kerajaan menyedari peningkatan kos perubatan terutama ubat yang meningkat sekitar 12 peratus tahun lalu sekali gus menyebabkan caj perubatan di hospital termasuk hospital swasta meningkat. Namun, katanya, itu tidak bermakna operator pusat perubatan swasta boleh mengambil kesempatan atas kenaikan itu dengan mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan singkat sehingga membebankan rakyat. “Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican supaya berbincang dengan semua pemilik hospital swasta di negara ini berhubung kos perubatan supaya kenaikan itu rasional,” katanya. Sementara itu, sumber industri berkata, tuntutan insurans bagi menanggung kos rawatan dan perubatan diramal terus meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan perubahan gaya hidup masyarakat. “Peratusan peningkatan tahunan bukan kecil, tetapi meningkat dengan mendadak,” katanya. Katanya, orang ramai mengambil polisi insurans kerana mahu mendapatkan perlindungan kewangan ketika ditimpa musibah seperti sakit atau kemalangan. Isnin lalu, Berita Harian melaporkan sehingga Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman bank atau kad kredit berlaku berikutan pembiayaan kos rawatan tinggi di hospital swasta yang mendorong individu berhutang di luar kemampuan. Sebelum ini, banyak pihak termasuk seorang doktor dengan 25 tahun pengalaman, tampil mengadu caj dikenakan pusat perubatan swasta adalah terlalu mahal dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya mengatasi masalah itu. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr David KL Quek ketika dihubungi berkata, hanya bayaran kepada doktor berkhidmat di hospital swasta dikawal kerajaan menerusi Akta Perubatan namun caj lain tidak dikawal dan bergantung kepada institusi perubatan swasta terbabit. Katanya, ini menyebabkan caj rawatan, perubatan, makmal dan perkhidmatan lain berbeza antara sesebuah pusat perubatan swasta selain bergantung kepada faktor seperti lokasinya.