Showing posts with label bharian. Show all posts
Showing posts with label bharian. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

Hospital swasta hanya kaut untung 10 peratus

KUALA LUMPUR: Hospital swasta hanya memperoleh keuntungan 10 peratus daripada kos yang dikenakan kepada setiap pesakit berdasarkan jenis rawatan, manakala selebihnya digunakan untuk membiayai kos ubat-ubatan, peralatan, tenaga pakar dan penyelenggaraan kemudahan. Seorang pegawai kanan sebuah pusat pakar perubatan yang enggan namanya disiarkan memberitahu, caj tinggi yang dikenakan hospital swasta dianggap berbaloi kerana mutu perkhidmatan dan kemudahan rawatan disediakan adalah terbaik, bersesuaian dengan kos perlu dibayar pesakit. Selain itu, hospital swasta juga tidak mendapat bantuan kerajaan sebaliknya beroperasi melalui hasil pelaburan dan pinjaman daripada bank bagi mengimbangi keperluan perubatan rakyat.
“Bidang perubatan kini menjadi satu cabang perniagaan. Bagi mendapatkan rawatan terbaik dengan kemudahan selesa dan dirawat menggunakan peralatan perubatan berteknologi tinggi, pesakit perlu bayar lebih. “Keadaan ini menyebabkan rakyat beranggapan hospital swasta mengaut keuntungan lebih tetapi ia sebenarnya tidak kerana pihak hospital juga perlu membayar lebih untuk kos penyelenggaraan peralatan rawatan, pinjaman bank dan kos tenaga kerja yang semakin meningkat setiap tahun,” katanya kepada Berita Harian. Beliau berkata, caj rawatan setiap hospital swasta berbeza mengikut jenis rawatan, kepakaran dan kemudahan yang tawarkan selain menepati garis panduan Majlis Perubatan Malaysia (MMC). “Wujud perbezaan dari segi caj rawatan hospital swasta kerana tidak semua menggunakan peralatan, kemudahan, tenaga pakar dan premis sama. Walaupun caj tinggi, pesakit masih mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan pengurusan hospital, ”katanya. Katanya, banyak hospital swasta akan gulung tikar ekoran terpaksa menanggung beban pembiayaan kewangan tinggi sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan mengkaji kos rawatan yang dikenakan ke atas pesakit yang jauh lebih rendah berbanding kos semasa. “Kita tidak boleh bandingkan perkhidmatan atau kos yang perlu dibayar pelanggan di hospital kerajaan dengan swasta tetapi kita boleh samakan konsepnya dengan harga secawan kopi di warung dengan restoran terkemuka,” katanya. /bharian

Hampir pengsan bil hospital RM23,000

Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu. Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.
Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad. “Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu. Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya. “Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya. Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi. “Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya. Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh. Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.
/bharian

Saturday, November 27, 2010

Even if you are a president, U can still claim. ;)

Update at 5:30 p.m. -- The man who (accidentally) elbowed President Obama in the face during a pick-up basketball game today -- requiring a dozen stitches to the presidential upper lip -- has come forward.

Rey Decerega, who is the director of programs for the Congressional Hispanic Caucus Institute, issued this statement:

"I learned today the president is both a tough competitor and a good sport. I enjoyed playing basketball with him this morning. I'm sure he'll be back out on the court again soon," Decerega said.

Update at 4:40 p.m. ET: Our colleague David Jackson reports that the White House has released more information:

The elbow to Obama's lip "happened in the fifth of five games they played."

The offending player, who remains nameless, "turned into POTUS, who was playing defense, to take a shot when the elbow hit the President in the mouth."

Some of the players in today's 5 v. 5 game--"none of whom were responsible for the elbow" to the president's face--included Obama's nephew Avery Robinson, Obama's assistant Reggie Love and Education Secretary Arne Duncan.

Update at 2:45 p.m. ET: White House spokesman Robert Gibbs says the president got 12 stitches in his lip in the basketball game this morning with Reggie Love and members of his family.

Gibbs' statement said:

After being inadvertently hit with an opposing player's elbow in the lip while playing basketball with friends and family, the President received 12 stitches today administered by the White House Medical Unit.

Medical personnel used a smaller filament to close the wound than is typically used, the press office said.

That increases the number of stitches but makes a tighter stitch and results in a smaller scar. The president received a local anesthetic during the treatment.

Earlier post: Fresh from a big Thanksgiving dinner with family, friends and staff, President Obama awoke today and did what the rest of us should be doing: He got some exercise.

Given the wet weather in Washington, the choice this morning was an easy one. Rather than setting off for the golf links, Obama chose indoor basketball.

The president left the White House at 9:30 and is playing five-on-five at nearby Craig Robinson with personal assistant and ex-Duke University hoops star Reggie Love, as well as family members in town for the holiday. No word on whether that includes Oregon State University head coach Craig Robinson, the brother of first lady Michelle Obama.

(Posted by Richard Wolf)

http://content.usatoday.com/communities/theoval/post/2010/11/obama-works-off-thanksgiving-turkey-ham-with-hoops/1